Friendship forever... Friends from the beginning to end..
Friendship never end ...
By
Norm Santana
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)
kepada semua pembaca blog *Hati Yang Resah*
"Saya benci dia..benci dia..benci dia.."
Ungkapan ini kerap kita dengar..Benci, perasaan yg terdorong akibat kita tdk gemar dgn perlakuan mahupun perbuatan org lain. Barangkali org itu secara sengaja atau tidak telah menyakitkan hati , mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Ramai juga org yg gagal dlm pergaulan kerana menyimpan perasaan "BENCI" dlm hati mereka. Allah Subhanawataala Maha Adil. Perasaan benci dlm diri kita akan menyebabkan ramai org mudah benci terhadap kita. Ingat bahawa kehidupan kita umpama "echo" atau daya pantulan
Inilah yang kita hadapi sekarang ini di zaman ini. Umat islam mengetahui sebuah hadis yg maksudnya :
“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.”(Hadis riwayat Muslim).
Tapi sedarkah kita sahabat semua utk melaksanakan hadis diatas? Sedakah kita bahawa kebencian kpd saudara kita ada dua bentuk iaitu pertama "Benci kerana agama" .Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya krn kejelekan agamanya.Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dlm erti di samping rasa benci, ada juga dalam hatinya rasa cinta krn masih saudaranya.
Kedua, benci krn "Dunia".Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka wajib berasaskan dirinya membenci saudaranya , maka hendaklah melihat kepada kebaikannya agar kebencian itu hilang.
kalangan sahabat Nabi sudah memberikan contoh penerapan agama Islam berkaitan persaudaraan sehinggakan sepertimana firman Allah Subhanawataala di dalam Al-Quran.
Sahabat itu menyedari bahawa dlm persaudaraan mesti ada pengorbanan yang diutamakan. Al-Quran menjelaskan maksudnya:
“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Hasyr: 9).
Sudah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka para sahabat berjaya dalam kehidupan mereka sehingga menjadi umat terbaik yang dimiliki masyarakat antarabangsa. Kejayaan mereka menerapkan semangat persaudaraan tidak terlepas daripada sebuah hadis yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.” Para Sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Baginda Sallallahualaihi Wassalam bersabda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan untuk seluruh Muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)
Di kalangan sahabat Nabi saling mendoakan kebaikan untuk saudaranya begitu juga orang yang mengikuti jejak mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (Surah al-Hasyr: 10).
Jika para sahabat berjaya membina tamadun berlandaskan persaudaraan saling menasihati dan berdoa tanpa buruk sangka yang sesuai dengan zaman mereka, maka tidak ada sebabnya kita tidak boleh mengikuti jejak mereka untuk membina tamadun sesuai dengan zaman kita yang berlandaskan nilai murni ini. Dalam doa, nasihat dan persaudaraan ada keberkatan Allah Subhanawataala. Walaupun pada amnya ia kelihatan mudah tapi pada hakikatnya ia amat sukar kecuali bagi orang pilihan Allah. Wallahu a’lam!
p/s:Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelumtidur? . . . tepuk dada tanya Iman.
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)