kepada semua pembaca blog *Hati Yang Resah*Tuesday, 12 June 2012
JANGAN benci-membenci
kepada semua pembaca blog *Hati Yang Resah*Saturday, 2 June 2012
Renungkanlah..

Jika ditanya pada orang2 SOLEH, mengapa mereka banyak MENANGIS??Maka mereka akan jawab :-
Bagaimana kami hendak GEMBIRA?
Sedangkan MATI itu dibelakang kami,
KUBUR dihadapan kami,
KIAMAT itu perjanjian kami,
dan perhentian kami adalah ALLAH.
SubhanAllah..

P/S:: InsyaAllah sama2 muhasabah hati kita..
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MUHASABAH CHENTA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Kenali SAHABAT SEJATI..

12 Sifat sahabat sejati yang anda perlu tahu..
- Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
- Jika engkau perlukan p'tolongan darinya , berupa wang atau sebagainya dia akan membantumu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
- Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya , ia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia kan menanyakan kesusahanmu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
- Jika engaku berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
- Jika engkau merangcang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
"Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari.."
Tuesday, 8 May 2012
Makan Sihat Cara Rasulullah ^__^

Jangan makan kombinasi makanan d'bwh
Jangan makan SUSU+DAGING
Jangan makan DAGING+IKAN
Jangan makan IKAN+SUSU
Jangan makan AYAM+SUSU
Jangan makan IKAN+TELUR
Jangan makan IKAN+DAUN SALAD
Jangan makan SUSU+CUKA
Jangan makan BUAH+SUSU CTH:KOKTEL
Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah t'lebih dahulu kemudian barulah makan nasi.
Tidur satu jam slps makan tengahari
Jangan makan malam terlalu lewat.kalau blh makanlah makan malam sebelum MagribIslam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-
Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yg meresap kedalam badan blh mengurangkan lemak mengumpul. Kita blh saksikan org mengamal mandi pagi kebanyakan badannya tak gemuk
Rasulullah mengamalkan minum air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya InsyaAllaj jauh drpd penyakit.
Waktu sembahyang subuh disunatkan supaya bertafakur(iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas m'baca doa).Ia blh mengelak dari sakit pening atau migrain.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis tlh menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung dicelah jari2, iaitu 10kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak dpt dihadam)
Kita baca..Kita faham..Kita amal..dan Kita sebarkan ...
Goresan Hati Yang Resah

MOM...I
U......
Friday, 4 May 2012
K.A.W.A.N S.E.J.A.T.I


ReNuNg2 & FikIR2kaN LaH..
Tuesday, 17 April 2012
Kata-kata hikmah Persahabatan

1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan
2. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang
3. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu
4. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran
5. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
6. Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang
7. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah
8. Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri
9. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat
10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
11. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu
12. Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan
13. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta.
Monday, 16 April 2012
Seekor Ulat dan Sehelai Daun Hijau


Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin dicelah dedaunan hijau...
"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.
tersentak daun hijau lanntas menoleh kearah suara yang datang.
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.
"Aku hampir tidak dapat daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.
Boleh! Boleh! Datanglah kemari!" kata daun hijau. Daun hijau terfikir, jika dia memberiku sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya kelihatan berlubang-lubang...... tapi tak mengapalah!!
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabtnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau..
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya dia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Demikianlah kehidupan kita.........
Hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia....
Yang manakah yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa saja???




