Tuesday 12 June 2012

JANGAN benci-membenci

kepada semua pembaca blog *Hati Yang Resah*

"Saya benci dia..benci dia..benci dia.."

Ungkapan ini kerap kita dengar..Benci, perasaan yg terdorong akibat kita tdk gemar dgn perlakuan mahupun perbuatan org lain. Barangkali org itu secara sengaja atau tidak telah menyakitkan hati , mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Ramai juga org yg gagal dlm pergaulan kerana menyimpan perasaan "BENCI" dlm hati mereka. Allah Subhanawataala Maha Adil. Perasaan benci dlm diri kita akan menyebabkan ramai org mudah benci terhadap kita. Ingat bahawa kehidupan kita umpama "echo" atau daya pantulan

Inilah yang kita hadapi sekarang ini di zaman ini. Umat islam mengetahui sebuah hadis yg maksudnya :

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.”(Hadis riwayat Muslim).

Tapi sedarkah kita sahabat semua utk melaksanakan hadis diatas? Sedakah kita bahawa kebencian kpd saudara kita ada dua bentuk iaitu pertama "Benci kerana agama" .Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya krn kejelekan agamanya.Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dlm erti di samping rasa benci, ada juga dalam hatinya rasa cinta krn masih saudaranya.

Kedua, benci krn "Dunia".Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka wajib berasaskan dirinya membenci saudaranya , maka hendaklah melihat kepada kebaikannya agar kebencian itu hilang.

kalangan sahabat Nabi sudah memberikan contoh penerapan agama Islam berkaitan persaudaraan sehinggakan sepertimana firman Allah Subhanawataala di dalam Al-Quran.

Sahabat itu menyedari bahawa dlm persaudaraan mesti ada pengorbanan yang diutamakan. Al-Quran menjelaskan maksudnya:

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Hasyr: 9).

Sudah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka para sahabat berjaya dalam kehidupan mereka sehingga menjadi umat terbaik yang dimiliki masyarakat antarabangsa. Kejayaan mereka menerapkan semangat persaudaraan tidak terlepas daripada sebuah hadis yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.” Para Sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Baginda Sallallahualaihi Wassalam bersabda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan untuk seluruh Muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

Di kalangan sahabat Nabi saling mendoakan kebaikan untuk saudaranya begitu juga orang yang mengikuti jejak mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (Surah al-Hasyr: 10).

Jika para sahabat berjaya membina tamadun berlandaskan persaudaraan saling menasihati dan berdoa tanpa buruk sangka yang sesuai dengan zaman mereka, maka tidak ada sebabnya kita tidak boleh mengikuti jejak mereka untuk membina tamadun sesuai dengan zaman kita yang berlandaskan nilai murni ini. Dalam doa, nasihat dan persaudaraan ada keberkatan Allah Subhanawataala. Walaupun pada amnya ia kelihatan mudah tapi pada hakikatnya ia amat sukar kecuali bagi orang pilihan Allah. Wallahu a’lam!

p/s:Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelumtidur? . . . tepuk dada tanya Iman.





Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Saturday 2 June 2012

Renungkanlah..



Jika ditanya pada orang2 SOLEH, mengapa mereka banyak MENANGIS??Maka mereka akan jawab :-

Bagaimana kami hendak GEMBIRA?

Sedangkan MATI itu dibelakang kami,
KUBUR dihadapan kami,
KIAMAT itu perjanjian kami,
dan perhentian kami adalah ALLAH.

SubhanAllah..



P/S:: InsyaAllah sama2 muhasabah hati kita..
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MUHASABAH CHENTA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Kenali SAHABAT SEJATI..



Anda sudah mempunyai SAHABAT SEJATI??..Ataupun anda masih tercari2 SAHABAT SEJATI dan ingin mengetahui tentang ciri2 dan sifat sahabat sejati..

:129:12 Sifat sahabat sejati yang anda perlu tahu..:129:

  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
  3. Jika engkau perlukan p'tolongan darinya , berupa wang atau sebagainya dia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya , ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia kan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engaku berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merangcang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
:131: "Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari..":131:
credited: Kasisang


Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Tuesday 8 May 2012

Makan Sihat Cara Rasulullah ^__^




Hye..Saya nk kongsikan serba sedikit tentang
"cara makan yang sihat oleh Rasulullah"...

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yg mungkin blh dikongsi b'sama mengenai perihal cara pemakanan yg bagus.

:60:Jangan makan kombinasi makanan d'bwh

:65:Jangan makan SUSU+DAGING
:65:Jangan makan DAGING+IKAN
:65:Jangan makan IKAN+SUSU
:65:Jangan makan AYAM+SUSU
:65:Jangan makan IKAN+TELUR
:65:Jangan makan IKAN+DAUN SALAD
:65:Jangan makan SUSU+CUKA
:65:Jangan makan BUAH+SUSU CTH:KOKTEL

:60:Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah t'lebih dahulu kemudian barulah makan nasi.
:60:Tidur satu jam slps makan tengahari
:60:Jangan makan malam terlalu lewat.kalau blh makanlah makan malam sebelum Magrib

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-

:60:Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yg meresap kedalam badan blh mengurangkan lemak mengumpul. Kita blh saksikan org mengamal mandi pagi kebanyakan badannya tak gemuk
:60:Rasulullah mengamalkan minum air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya InsyaAllaj jauh drpd penyakit.
:60:Waktu sembahyang subuh disunatkan supaya bertafakur(iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas m'baca doa).Ia blh mengelak dari sakit pening atau migrain.
:60:Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis tlh menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung dicelah jari2, iaitu 10kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak dpt dihadam)






Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan apalah gunanya. Yang penting…

:131:Kita baca..Kita faham..Kita amal..dan Kita sebarkan ...:131:
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Goresan Hati Yang Resah




Tahukah kau ibu, kau bukan hanya wanita yang lembut
Bukan hanya wanita yang penuh kasih sayang
Bukan pula sekadar wanita yang tegar
Kau tidak hanya secatik kelopak mawar dan wangi semerbak melati

Tahukah ibu, setiap hembusan nafasku, setiap detak jantungku
dan titisan darahku ini kupersembahkan kepadamu
walau itu belumlah cukup dan takkan pernah cukup
untuk membalas semua budimu kepadaku
anakmu yang berlumur dosa kepadamu

Tahukah kau sahabatm bagiku beliau adalah BIDADARI dihatiku
yang diciptakan tuhan untuk membimbingku
dari keringnya hati dan kerontangnya jiwa
Tuhan...lindungilah dan sayangilah bidadariku..
layanya beliau melindungi dan menyayangiku
dari lubuk hati yang paling dalam..


:n:MOM...I:t:U......:n:
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Friday 4 May 2012

K.A.W.A.N S.E.J.A.T.I



Masih mengenai kawan...

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman disaat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan , isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukn kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan , masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran , tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas di dalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri..

Adakah anda seorang kawan sejati??


:m: ReNuNg2 & FikIR2kaN LaH..:m:

Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Tuesday 17 April 2012

Kata-kata hikmah Persahabatan


Dipetik Daripada buku "FALSAFAH HIDUP"

1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan

2. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang

3. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu

4. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran

5. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

7. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah

8. Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri

9. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat

10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

11. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

12. Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan

13. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta.
Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Monday 16 April 2012

Seekor Ulat dan Sehelai Daun Hijau




Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin dicelah dedaunan hijau...

"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.

tersentak daun hijau lanntas menoleh kearah suara yang datang.

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.

"Aku hampir tidak dapat daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.

Boleh! Boleh! Datanglah kemari!" kata daun hijau. Daun hijau terfikir, jika dia memberiku sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya kelihatan berlubang-lubang...... tapi tak mengapalah!!

Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.

Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabtnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau..

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.

Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya dia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Demikianlah kehidupan kita.........

Hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia....

Yang manakah yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa saja???






Baca..Komen..Kalau Suka .. LIKE jer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...